Babi dari segi sains Babi

Babi dari segi genetik mempunyai persamaan genetik (DNA) yang hampir serupa dengan manusia. Oleh itu kebanyakan ujian perubatan biasanya dijalankan keatas babi sebelum ia diuji pada manusia. Malah jantung babi pernah digunakan bagi menggantikan jantung manusia yang sakit teruk, sementara menantikan mendapat penderma yang sesuai.[2]

Disebabkan babi mempunyai genetik yang hampir menyerupai manusia, terdapat kemungkinan berlaku penularan penyakit antara spesies. Sekiranya ini berlaku, wabak teruk mungkin berlaku kerana ketiadaan ketahanan badan bagi penyakit baharu.[3]

Sebagai contoh, wabak virus Nipah telah menimbulkan dua pilihan, menghapuskan manusia yang berhampiran Babi, atau menghapuskan babi yang berhampiran manusia. Hasilnya, kesemua ternakan Babi yang terdapat dalam kawasan tersebut dihapuskan sama sekali bagi menjamin keselamatan manusia sekeliling.

Babi juga merupakan hos bagi cacing pita yang turut menjadikan manusia sebagai hos kedua. Daging babi yang tidak dimasak dengan sempurna, mampu menyebarkan telur cacing pita kepada manusia. Selain itu, penjagaan kebersihan yang tidak sempurna semasa penyembelihan babi, membolehkan cacing pita merebak.[4]

Rujukan

WikiPedia: Babi http://www.kidcyber.com.au/topics/farmpiggies.htm http://abcnews.go.com/Health/PainManagement/story?... http://www.gunnersden.com/index.htm.shooting-hunti... http://www.nbcnews.com/id/24628983/ns/technology_a... http://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?res=9E0... http://time.com/5159889/why-pig-organs-could-be-th... http://www.depts.ttu.edu/porkindustryinstitute/res... http://animaldiversity.ummz.umich.edu/site/account... http://www.halalguide.info/content/view/268/38/ http://www.nzetc.org/tm/scholarly/tei-Bio27Tuat02-...